"Kasih dan adiknya, Qabil membesar dalam limpahan kasih sayang daripada ibu bapa mereka, Shariff dan Zulaikha. Dunia mereka berubah dalam sekelip mata selepas kehilangan ibu tersayang dalam sebuah kemalangan maut. Kasih dan Qabil berpindah ke Kuala Lumpur dan terkejut apabila berjumpa dengan keluarga Shariff. Rupa-rupanya ibu mereka ialah isteri kedua dan kehadiran mereka tidak dapat diterima oleh isteri pertama Shariff, Yuhanis.."