"MERUPAKAN kesinambungan kepada telefilem Pontianak Kampung Batu. Ia mengisahkan mengenai Tira dan Riana yang bermusuhan, sekali lagi bersemuka apabila paku yang mengurung Riana telah dicabut oleh seorang budak lelaki rempit bernama Zack. Kak Kiah yang dapat mengesan pembebasan Riana itu telah menghubungi Tira yang kini sudah menetap di Kuala Lumpur dan merupakan seorang pereka kebaya terkenal. Tira kembali ke Kampung Batu untuk memastikan keadaan kampung tersebut berada dalam keadaan aman.."